Selasa, 21 Mei 2013

Uwais al-Qarni

Assalamualikum wr wb,

akuuuu kangen ma blogku...^_^ , dah lama ngak entry blog lagi...ehm...

kali ini ane akan cerita tentang Biografi seorang yang sangat terkenal guys...ya yg mungkin kalian tahu : : beyonce,Adele,Kristen stewart, Agnes monica,atau yang lainnya...

no...no...no...setelah membaca hal ini, kalian akan nangis guys...aku juga ngak sanggup waktu aku denger ceritanya

Kemaren nonton di TV tentang cerita-cerita zaman Rasulullah dulu, kalian tahu ngak tentang sahabat Rasulullah yang terkenal ini, ya mungkin namanya ngak familiar disudut manapun dibumi ini, eeeiiiitsss jangan salah walaupun beliau tidak terkenal dimuka bumi, tapi beliau terkenal di Langit...masyaallah...

nah kali ini ane akan menceritakan tentang beliau, siapa "Uwais Al-Qarni" ini...

"Uwais Al-Qarni ini pernah disebutkan dalam hadits Rasulullah, beliau dikategorikan sebagai sahabat, malah beliau tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW walaupun beliau hidup di zaman Rasulullah,  Tapi beliau telah di iktiraf oleh baginda Rasulullah sendiri sebagai penghuni langit, sehingga pernah Rasulullah menyuruh Amirul Mukminin, (Umar RA dan Ali KW), supaya Uwais mendoakan untuk mereka, tentu Amirul Mukminin bertanya-tanya siapakah beliau ini yang begitu tinggi darjatnya sehingga boleh meng istighfarkan Amirul Mukmin, sedangkan Umar adalah salah seorang yg telah dijanjikan syurga, Sejak itu, setiap kali ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Uwais al-Qorni dicari oleh kedua-dua sahabat rafik Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam ini.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehariannya bersama Si ibu, apabila ada kelebihan, dia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Semasa hidup beliau, beliau hanya seorang yang miskin, tapi beliau tetap bermunajat dan memohon ampunan kepada ALLAH SWT..T_T

ketika beliau meinggalkan dunia ini,banyak terjadi keanehan...

 "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni? Bukankah Uwais yang kita kenali, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa harta, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tetapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah yang ramai. Apakah mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk menguruskan jenazah dan pengembumiannya.”


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah saw (mafhumnya kira-kira) ę¸¯esungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqNya yang bersifat :

(i) al-asfiyaa` (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allaah swt) lagi bersifat


(ii) al-akhfiyaa`(iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber'uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah swt) lagi bersifat

(iii) al-abriyaa` (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah swt) lagi bersifat

(iv) asy-sya'ithah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat

(v) al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat

(vi) al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagibersifat

(vii) iaitu orang-orang yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat

(viii) kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat

(ix) kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat

(x) kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat

(xi) kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidakmelawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat

(xii) kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi mayat-mayat mereka). 


Subhanallah... (")^_^("), Ya Rabb T_T